
Genting Highlands, 10 Mei 2012 - Bertempat di Hotel Seri Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Bajet Bagi Tahun 2013. Bengkel ini berlangsung dari tarikh 10-13 Mei 2012 yang dihadiri seramai 24 orang pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membincang dan menyediakan bajet bagi tahun 2013.






























